DoLce Conner!~

This Is life.Gift from God. Live life like there is no tomorrow. Be Happy and enjoys our life. Do things that we want to. feel blessed everyday.^^

Followers

Monday, August 30, 2010

SBE fasa 4..~Hari Pertama ~

Hari ini merupakan hari yang aku nanti-nantikan.Hari ini aku akan menjalani PBS ke-4 di daerah kelahiran aku sendiri iaitu Daerah dan nama sekolah tu ialah Sk Pekan Beluran. Seawal 5.50 aku bertolak dari rumah kerana ingin tiba awal kesekolah. Sesampainya aku di sekolah lebih kurang 6.40 pagi, rakan-rakan aku telah pun menunggu aku di kantin.Selepas tu kami bergegas mencari parking keta n then pegi ke perhimpuanan pagi di sekolah itu. Tidak dinafikan perasaan gementar itu ada dalam diri kami masing-masing. Takut sekiranya kedatangan kami itu tidak dialu-alukan. Syukur kerana kami disambut baik oleh guru besar dan guru-guru disitu. Selepas perhimpunan, guru besar membawa kami masuk ke biliknya untuk berbincang mengenai tujuan dan tugasan yang diberikan kepada kami. Guru besar merupakan seorang yang sangat ramah dan beliau banyak membantu kami untuk mendapatkan maklumat. Hari ini kami cuma mencari maklumat dan berhubung dengan Mentor masing-masing. Saya telah berhubung dengan mentor saya iaitu ketua panatia PSV, Pn Bunah Majunis. Beliau telah banyak membantu saya. terima kasih cikgu.

p/s..tidak sabar mau jafi sigu ^^

No comments:

Post a Comment