DoLce Conner!~

This Is life.Gift from God. Live life like there is no tomorrow. Be Happy and enjoys our life. Do things that we want to. feel blessed everyday.^^

Followers

Saturday, August 28, 2010

Cuma sekadar pendapat...




Bukan semua orang dilahirkan dalam dunia ini adalah dari keluarga yang senang, mencukupi, selesa dan mempunyai harta. Ada juga orang yang dilahirkan dalam keadaan keluarga yang susah dan penuh dengan dugaan hidup. Namun semua itu masih boleh berubah. Manusia dilahirkan dengan akal. Akal merupakan Karunia tuhan yang tidak ternilai harganya.

Waktu kecil dahulu, saya seringkali berangan-angan ingin memilliki segalanya. Walaupun saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana dan masih mampu, namun kepuasan dalam hidup itu masih belum ada. Saya seringkali berangan-angan untuk menjadi kaya umpama puteri bangsawan. Namun angan-angan itu tidak akan menjadi realiti sekiranya tiada usaha yang dilakukan.

Untuk mencapai keselesaan dalam hidup bukan la perkara yang mudah. Banyak perkara dan dugaan yang akan kita tempuhi. cabaran dan dugaan itu lah yang mematangkan kita dan membawa kepada kejayaan dalam hidup. Ada orang yang bercita-cita untuk mempunyai duit yang banyak, perniagaan yang berjaya, keluarga yang mewah, namun cita-cita itu tidak akan tercapai sekiranya cita-cita itu hanya ilusi semata-mata tanpa usaha dan juga langkah.

Ada juga orang yang bercita-cita untuk lebih maju dalam hidup, dalam perniagaan dan berusaha namun tersalah langkah dan akhirnya semua usaha itu hanya sia-sia. Apa y ang penting dalam kita menuju ke arah kejayaan ialah, berusaha, belajar dan belajar, buat pilihan yang tepat, tidak membazir, tidak menipu orang lain, tidak melalukan kejahatan dan yang paling penting tidak melupakan amalan kita sebagai orang yang mempunyai agama. turuti ajaran agama masing-masing dan semoga tuhan sendiri yang membantu dan menuntun langkah kita dalam hidup ini.

sekian..

p/s..semoga hidup menuju ke arah yang lebih baik..^^

No comments:

Post a Comment