DoLce Conner!~

This Is life.Gift from God. Live life like there is no tomorrow. Be Happy and enjoys our life. Do things that we want to. feel blessed everyday.^^

Followers

Saturday, August 28, 2010

Refleksi Bina Insan Guru Fasa 4

REFLEKSI INIVIDU
Pengenalan
Aktiviti kembara sosial dan khidmat masyarakat merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilaksanakan berdasarkan garis panduan Program Bina Insan Guru semester empat yang telah ditetapkan untuk guru pelatih kursus PISMP Kajian Sosial, Pra Sekolah, Pemulihan dan Sains Ambilan Januari 2009 Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau, Sabah.

Matlamat Program Bina Insan Guru pada kali ini ialah program ini menjadi salah satu pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Manakala, objektif program “Bina Insan Guru Fasa 4” ini adalah :
• Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama.
• Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggung jawab kepada pasukan.
• Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.
• Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapesonal serta perpaduan masyarakat.
• Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.
• Meningkatkan perkembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan tolong-menolong dan sedia memberi sumbangan dalam kehidupan seharian.



Kendiri
Sebelum menjalani program ini kami terlebih dahulu telah melaksanakan tugas sebagai Ahli Jawatankuasa bagi setiap jawatan. Sepanjang proses persediaan melakukan Progam BIG kali ini, para peserta telah mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali yang mana mesyuarat ini telah banyak membantu kami untuk mendapatkan informasi terkini mengenai program BIG dan juga untuk menjalankan tugas AJK masing-masing. Bagi saya secara peribadi, amat bertuah kerana Ahli jawatankuasa tertinggi pada kali ini terutamanya pengerusi BIG fasa ke-4 telah melalukan tugas atau peranan yang sangat baik dimana mereka telah menggerakkan seramai 78 orang guru pelatih untuk melalukan tugasan masing-masing tanpa sebarang masalah yang boleh menyebabkan program ini tidak dijalankan. Saya juga sedar memikul tanggungjawap yang sangat besar bukan lah mudah dan memerlukan kecekalan dan ketabahan. Saya berharap semoga suatu hari nanti saya juga boleh menjadi pemimpin yang baik dan dan mempertingkatkan lagi keyakinan dalam diri saya.

Semasa menjalani program Bina Insan Guru bagi fasa yang ke-4 ini, saya dan rakan guru pelatih yang lain telah berpeluang untuk mengadaptasi diri dengan keadaan persekitaran masyarakat iaitu keluarga angkat kami masing-masing. Tidak dinafikan perasaan gementar untuk berhadapan iaitu berkomunikasi dengan keluarga baru apatah lagi keluarga angkat saya pada kali ini adalh berlainan bangsa dan agama. Namun saya terus cekalkan hati saya untuk mencuba sesuatu yang baru. Peluang mendapat keluarga angkat di Kg Balung Cocos , Tawau sabah merupakan satu peluang yang sangat berharga dan amatlah rugi jika disia-siakan.

Selain itu, pelbagai aktiviti yang telah diberikan dan dipimpin oleh pensyarah dan kem komandon telah memberikan impak yang sangat mendalam kepada diri saya. Aktiviti yang diberikan sebagai contoh iaitu semasa aktiviti refleksi. Sebenarnya aktiviti ini ialah merupakan aktiviti yang amat menarik perhatian saya. Selepas mendengar rakan guru pelatih saya membuat refleksi, saya sedar bahawa saya semakin mengenali mereka dan saya bersyukur kerana dapat mengenali meraka sebagai rakan-rakan saya. Melalui aktiviti ini juga, saya dapat mendengar pelbagai luahan rasa iaitu pengalaman mereka, apa yang mereka rasa , apa yang mereka lalui dan sebagainya.

Saya juga sedar bahawa amatlah penting bagi kita untuk menepati masa dan mengurus masa dengan baik. Pada program kali ini, saya telah menyedari bahawa pengurusan masa saya adalah lebih baik berbanding BIG fasa pertama dahulu. Perkara ini saya sedari sendiri dan juga mungkin dialami oleh guru pelatih masing-masing. Perkara seperti ini merupakan satu peningkatan yang sangat baik dan amat penting untuk diri setiap guru pelatih, bak kata pepatah “ masa itu emas”.

Organisasi
Sebelum menjalankan sesuatu program, ahli jawatankuasa tertinggi perlulah dibentuk terlebih dahulu. Bagi Program Bina Insan Guru Fasa ke-4 pada kali ini, kami telah sebulat suara melantik saudari Nur Izatie Nadia Binti Subri dari kelas PISMP Pengajian Sosial sebagai pengerusi Program Kembara Sosial Dan Khidmat Masyarakat dan dibantu oleh saudari Heni Binti Somiun dari kelas Pemulihan. Seterusnya, ahli-ahli jawatankuasa yang lain turut dilantik.

Saya telah menjadi ajk Malaysia cergas yang mana diketuai olah saudari Sclolasstika Sigging. Kami telah melakukan beberapa aktiviti sepanjang BIG diadakan. Antaranya ialah aktivit pemanasan badan, tarian Waka-waka, Poco-poco dan juga menaikkan bendera. Disini saya sedar bahawa kerjasama dan komitmen setiap ajk amatlah diperlukan. Selain dari itu, menghormati ketua dan ajk-ajak lain juga amat penting. Saya amat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan rakan ajk dan juga ketua saya.

Pada program kali ini juga saya telah ditempatkan dalam kumpulan 4 iaitu terdiri daripada Saudari Amirah Azmi, Farhana Hussin, Rinnie Bernard, Eda Edward,Grace dan juga saudari Syukri. Pada pendapat saya secara peribadi, saya amat bertuah ditempatkan dalam kumpulan ini kerana saya sebenarnya tidak rapat dengan mereka sbelum ini dan hanya mengenali sedikit sahaja mengenai mereka. Dikesempatan ini saya telah berpeluang untuk mengenali mereka dengan lebih dekat dan juga bekerjasama dengan mereka sebagai satu kumpulan. Setiap tugasan yang diberikan membolehkan kami mengamalkan komunikasi sosial yang tinggi melalui kerjasama dalam kumpulan dan menjadi lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Tidak dinafikan banyak pengalaman menarik yang kami tempuhi bersama sepanjang program BIG dijalankan. Disini saya sedar semangat bekerjasama dalam kumpulan amatlah penting dan sentiasa melibatkan diri secara aktit adalah amat berbaloi kerana dapat memberikan sumbangan secara bersama.

Kesimpulannya, sebagai bakal guru pada masa hadapan maka adalah penting bagi kami untuk sentiasa bersiap sedia untuk memikul beban dan menggalas tanggungjawab ketika memikul sesuatu tugas yang berat di samping sentiasa bekerjasama demi kebaikan bersama.




Kerjaya

Sebagai bakal pendidik kelak saya sedar kemahiran sosial dan berkomunikasi amatlah penting untuk dititik beratkan. Kerjaya sebagai seorang guru bukan sahaja mendidik anak bangsa bahkan merupakan egen perubahan kepada masyarakat. Program BIG fasa ke-4 yang bertemakan Kembara sosial Dan Khidmat Masyarakat ini telah memberi pengalaman baru kepada kami mengenai aktiviti luar yang berkonsepkan khidmat dan interaksi sosial dengan persekitaran dan anggota masyarakat. Untuk menjadi seorang guru, hubungan dengan komuniti, bukan sahaja dengan komuniti sekolah, tetapi juga komuniti masyarakat adalah penting disebabkan guru menjadi ‘role-model’ kepada mereka. Segala tindak tanduk serta tutur kata kami sebagai bakal guru akan diperhatikan dan dinilai oleh mereka yang berada disekeliling kami.

Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ), saya telah menyedari banyak perkara baru mengenai kekuatan diri, kelemahan diri dan sebagainya. Terdapat pelbagai aspek diri telah dicungkil melalui aktivit dalam LDK. Saya sedar, sebagai bakal pendidik kelak, adalah amat penting bagi saya untuk mempersiapkan diri kepada risiko dalam bidang kerjaya yang amat saya minati ini. Sebagai bakal pendidik, saya haruslah sentiasa tabah, rajin, berusaha, tidak mudah putus asa, rasional dalam mengambil tindakan, cuba mengeratkan silaturahim dan pelbagai lagi nilai-nilai murni yang penting sebagai seorang bakal pendidik.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam LDK amat berguna kepada saya dan boleh dijadikan sebagai satu cara untuk saya lebih mengenali anak-anak didik saya kelak. Sebenanya aktiviti dalam LDK yang dijalankan banyak menekankan kepada kemahiran emosi, kemahiran berfikir dan kemahiran sosial. Dengan adanya penerapan beberapa kemahiran ini, diri setiap individu dapat dipertingkatkan lagi. Cara ini boleh saya aplikasikan semasa saya menjadi pendidik kelak. Apa yang jelas, kami sebagai bakal pendidik haruslah lebih peka kepada spek-aspek yang melibatkan keperibadian sebagai seorang guru di samping menjadikan FPK dan FPG sebagai tunjang selama menyarung identiti sebagai seorang pendidik dan mencurahkan bakti sepenuhnya kepada anak bangsa kelak.

Komuniti

Komuniti merupakan masyarakat yang berada dekat atau berada di sekeliling kita. Maka oleh itu adalah penting untuk kita menjalinkan hubungan yang erat dan murni diantara masyarakat. Pada program BIG kali ini yang bertemakan Kembara Sosial dan Khidmat masyarakat, fokus yang beri keutamaan adalah pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Oleh yang demikian, kata kunci pembinaan guru yang bermanfaat kepada masyarakat boleh diberikan penekanan utama.

Dalam program kali ini para guru pelatih berpeluang mempunyai keluarga angkat masing-masing. Kesempatan mempunyai keluarga angkat ini merupakan salah satu cara kita untuk berada lebih dekat dengan masyarakat disekeliling kita. Amalan seperti ini boleh kita lakukan apabila kami sudah mula bekerja kelak. Dimana kami akan ditempatkan di tempat-tampat yang jauh di pedalaman yang mana kami tidak mengenali sesiapa pun. Oleh yang demikian adalah amat penting berada lebih dekat dan rapat dengan masyarakat kerana mereka merupakan orang-orang yang boleh kita harapkan semasa kita berada seorang diri di sana kelak. Selain itu dengan adanya hubungan yang erat dengan masyarakat maka lebih muda untuk guru mengadaptasi sesuatu keadaan sosial,ekonomi, pendidikan dan sebagainya dalam sesuatu masyarakat. Bagi pandangan saya, saya berasa amat betuah kerana mempunya keluarga angkat iaitu En Mendez Bennie yang juga merupakan ketua masyarakat di Kg tersebut.

Di samping itu, program ini juga telah memberikan pengalaman baru yang sangat berharga kepada kami mengenai aktiviti luar khususnya dalam memberi khidmat kepada masyarakat dimana kami menjalankan aktiviti gotong-royong. Bagi pendapat saya amalan bergotong royong ini sebenarnya merupakan satu gambaran sebenar mengenai hidup seorang guru yang berada di sekitar masyarakat. Apabila sudah mengajar kelak guru haruslah berkejasama dengan masyarakat dalam apapupun aktiviti dan menjadi role model kepada masyarakat disekeliling. Bekerjasama dengan masyarakat adalah sikap yang murni dan harus dicontohi oleh setiap guru pelatih apabila menjadi pendidik kelak.

No comments:

Post a Comment