DoLce Conner!~

This Is life.Gift from God. Live life like there is no tomorrow. Be Happy and enjoys our life. Do things that we want to. feel blessed everyday.^^

Followers

Wednesday, November 3, 2010

Detik

Masa yang berlalu terasa beredar begitu pantas. Umpama baru semalam menyambut kedatangan Tahun Baru 2010 dengan percikan bunga api dan juga doa kesyukuran. Semuanya berlaku pantas tanpa disedari. November sudah pun menjelma. Persediaan saat-saat terakhir menjelang peperiksaan semester pun sudah dilakukan. Tidak lama lagi bulan disember menjelma. Detik yang paling dinantikan oleh semua orang. Di masa-masa seperti itulah keluarga-keluarga besar yang berjauhan akan berkumpul beramai-ramai di kampung halaman menghabiskan cuti bersama keluarga tercinta. Tanpa disedari kita akan melangkah ke tahun 2011..

Coba kita singkap kembali kenangan-kenangan sepanjang 2010 ini. Adakah azam 2010 sudah tercapai ataupun azam itu digunakan semula di tahun 2011? Berapa banyak kenangan manis yang kita tempuhi dan berapa banyak pula kenangan pahit?..

Detik terus berlalu.,Masa yang berlalu pantas itu semakin membawa kita ke arah kematangan dan kedewasaan. Segala apapun perkara yang pernah terjadi dalam hidup kita seharusnya dijadikan tauladan ataupun panduan ataupun pengajaran. Atasi segala kelemahan dan kesalahan lalu dengan perubahan yang lebih positif. Semoga diri sentiasa diberkati.
Semoga kehidupan menjadi lebih baik. Semoga hidup lebih diberkati...

No comments:

Post a Comment