DoLce Conner!~

This Is life.Gift from God. Live life like there is no tomorrow. Be Happy and enjoys our life. Do things that we want to. feel blessed everyday.^^

Followers

Friday, April 29, 2011

~Beluran my birth place~

Ada apa dengan nama BELURAN?..

Menurut sumber, Perkataan Beluran ini diambil daripada perkataan dari suku kaum yg terdapat di pekan Beluran (Sungai, Dusun Labuk dan Tidong) iaitu perkataan BALUDAN..Yang mana, perkataan BALUDAN ini merupakan nama bukit yg menjadi "Land Mark" pekan ini. Pertukaran nama terjadi ketika pemerintahan Inggeris iaitu akibat daripada salah sebutan dan ejaan dalam surat menyurat oleh warga Inggeris yang tidak fasih menyebut perkataan dalam bahasa tempatan menyebabkan BULUDAN bertukar kepada BELURAN dan kekal sehingga kini.
Beluran merupakan antara daerah yang terbesar di sabah. Merangkumi kawasan seluas 2,979 batu persegi bersamaan 7,717 kilometer.Jumlah penduduk Daerah Beluran pula berdasarkan bancian pada tahun 2008 (Banci: 2008) ialah 96,900 orang.

Beluran merupakan sebuah daerah yang mempunyai pelbagai etnik. Kepelbagaian etnik ini membawa keistimewaan yang tersendiri kepada daerah beluran. Selain daripada itu beluran juga kaya dengan makanan laut. Ikan, udang, ketam, sotong, selisip, kerang dan macam-macam lagi diperolehi dengan mudah dan murah di daerah ini. Ketam boleh diperolehi dengan harga semurah Rm 4 sekilo. Begitu juga dengan udang pesayan ( udang kecil ) mahupun udang gala ( udang besar-besar ) boleh diperolehi dengan harga yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain.

Di beluran juga terdapat lebih dari 50 buah sekolah rendah dan sekolah menengah. Ini menunjukkan daerah beluran juga tidak ketinggalan dari segi pendidikan. Apa yang menarik daerah beluran telah melahirkan banyak pemimpin-pemimpin, guru, doktor, jurutera, artis dan sebagainya.

Apapun saya bangga menjadi anak kelahiran daerah beluran. Semoga dapat posting di beluran pada tahun 2013 nanti....my future pupils...wait for me!hehehe...

Beluran view

ikan segar & ketam segar yang murah di Beluran saja..XD

sayur pun ada mcm di kundasang..

depan pasar beluran



local product pun ada baa..hihi




Tamu beluran..

3 comments:

  1. yup fane..beluran is in sandakan devision..:)

    ReplyDelete
  2. hye..sy nk tanaya pejabat kesihatan kawasan beluran area mana? apa kemudahan asas yang ada sana..rumah sewa ada tak?
    terima kasih yer ;)

    ReplyDelete