DoLce Conner!~

This Is life.Gift from God. Live life like there is no tomorrow. Be Happy and enjoys our life. Do things that we want to. feel blessed everyday.^^

Followers

Friday, October 15, 2010

Menarik sekitar Budget 2011..

setiap tahun kita akan mendengar mengenai pembentangan Budget. setiap pembentangan tu ada diantara kita yang berpuas hati atau tidak. Tidak dinafikan bukan mudah untuk menjadi pemimpin. Memuaskan hati setiap orang bukan perkara yang mudah. Namun yang demikian, sebagai rakyat malaysia kita seharusnya rasa bersyukur dan berbangga kerana diberikan kesempatan untuk mendengar Budget. Mungkin di negara yang lain kesempatan seperti ini tidak ada. oleh itu bersyukur la apa yang kita ada sekarang. berdasarkan pembentangan Dato Najib, beliau telah menyebut 4 strategi utama dalam budget 2011 kali ini. Iaitu :

Pertama : Mendaya Kembali Pelaburan Swasta;
Kedua : Membangunkan Modal Insan;
Ketiga : Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan
Keempat : Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam

Apa yang menariknya dalam Budget 2011 kali ini ialah keistimewaan kepada seluruh rakyat malaysia. Rata-rata budget yang dibentangkan adalah berpihak kepada membela nasib rakyat. Adakah anda sedar? Bagi penjawat awam apakah keistimewaannya?ok lets check this out.

1. PTK di mansuhkan
2. Bantuan Khas rm 500 kpd kakitangan awam pada bulan Disember.
3. Penjawat awam wanita boleh mengambil cuti bersalin selama 90 hari dengan gaji penuh.
4. Guru Kafa di naikan elaun sebanyak RM800
5 dan pelbagai lagi..

oleh yang demikian kita seharusnya bersyukur. pendekatan yang dilakukan oleh Dato Najib dalam Budget 2011 ini sememangnya tidak lain tidak bukan membawa kepada kemajuan negara kita dan juga kemajuan rakyat negara Malaysia amnya..


No comments:

Post a Comment